Tuesday, 24 September 2013

Ehhh ,, korang ,, sory larh ,, td sya lupa nak upload pic nsi lalap tu ..huhu ..tlmpau smngat maw mpost kn ,, etu larh jadi nya ..hehe ..bha ,, nie larh nasi lalap .. Jan jak meleleh air liur kmu nmpak nie ,,huhu 




ni pulak NASI GONDRONG . makanan ni memang pedasss . kalau yang suka pedas , try laa nasi gondorong ni . pertama kali dengar mesti pelik kan ? sebenarnya "gondrong" ni maksudnya "panjang"  . kalau dak silap , perkataan gondrong ni dari indon . hmm , biasanya "gondrong" di guna untuk rambut lelaki . contoh : ee , gondrong rambutnya . hahaha , ada contoh ayat lagi kan . macam belajar BM . apa kena mengena "gondrong" dengan nama nasi ni pun aku nda tau jugak . harganya dalam RM 5. - RM 5.50 .




ni NASI KUNING  . kalau dalam daun pisang tu lagi sedap . ada aroma-ii daun pisang tu yang buat rasanya lagi sedap . ada nasi kuning ikan , ayam , dan telur . nasi kuning ni tinggalkan banyak kenangan la . masa aku kecik -ii , ni la aku punya sarapan hari-ii . mak aku bisnes nasi kuning ni , bapa aku jual ( jaja nasi kuning , mak yang masak )  haa , kiranya mak aku paling teror la kalau bab-ii nasi kuning nih . ada masa aku belajar tau . nasi kuning ni di masak dengan santan n kunyit . lauknya tu ikan masak bumbubali / ayam / telur rebus . ikut seleraa laa ya . biasanya orang tawau makan nasi kuning ni masa sarapan . harganya dak tetap . dalam RM 1 - 3.50 la yang paling mahal . yang mahal (rm 3.50) tu di restoran la biasanya . biasanya dijual dalam daun pisang . tengok penjual laa . kalau masa tu senang mau cari daun pisang , ok la . daun pisang di tawau ni bermusim , macam musim buah jugak . H A H A H A . kalau dak , di dalam tapau jak la . dalam plastik pun adaa . 
Haluuuu . . 

Dduk2x d kafe n tngok ayam goreng .. Mnyelerakan owh . Hahaha .. 
Tnpa d sedari ,, sya t'engat pulak pasal makanan popular d Tawau iaitu , Nasi Lalap .. Sedap jow .. Hihi .. Nasi nie special coz d tawau jak ada.. Law korang ke Tawau ,, n sebut jak nma nasi nie , smua org tahu n da certain2x tmpat yg mang popular ngan menu niee ,, law cuba skali ,, nak lagi .. ^_^ . Menu niee mngkin da ramaiyg ciplak ,, tp rasa dya xkan sama ngan rasa law d mkan d tawau .. 

Tuesday, 17 September 2013

ini adalah salah satu tmpat tg ada d TABLE . :) .. cantik kn .. tenang jak ati law lepak kat sini .. huhu .. d bwah tmpat nie , da kolam ikan taww .. cntik2x ikannya .. tpegun sya mlihatnya .. nak tngok jgak ?? dtang larh ke Tawau ..

Assalamualaikum .. apa khabar kamu semua ?? sihat kew ?? :)
amacam ngan informasi sya mnggu lalu tentang Taman Bukit Tawau ?? berguna karh ? huhu.. saya harap brguna larh yarh kawan .. jan malu2x tk dtg ke Tawau .. best taw .. bnyak bnda mnarik d sna .. :) .. tuk pngetahuan kmu smua ,, Taman Bukit Tawau @ lebih d kenali sbgai 'TABLE" , mmpunyai daya tarikan yg sangat mnarik .. jika anda dtang ke sana ,, anda akan trpegun mlhat keindahan muka buminya dan kwujudan flora dan fauna yg sngat mnarik dan jarang d temui d tmpat lain ..x percya ?? dtang larh ke Tawau dan nikmatinya sndri ..hihihi .. in advance ,, untuk masuk ke 'TABLE' .. bayaran murah jew .. just rm1 tk kanak2x dan rm3 tk dewasa .. bebaloi kn ..amacam nk kesana ??? senang jak larh .. kmu just ikut signboerd .. d stiap jln ke 'TABLE' ,, always ada signboard .. jd jgan risau .. kamu xkan sesat punya ..hehehe..

ok done .. t lain kali sya post lagi k .. bye .. ^^

Tuesday, 10 September 2013

TAMAN BUKIT TAWAU




Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat.

Taman Bukit Tawau adalah pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Kunak. Sumber air dari sini menjadi punca kepada enam sungai utama di Tawau iaitu Sungai Merotai Besar, Sungai Merotai Kanan, Sungai Tawau, Sungai Kinabutan, Sungai Balung dan Sungai Mantri. Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung. Maria (1,067M).

Asalnya Taman Bukit Tawau adalah Hutan Simpan Tawau yang bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Kalumpang di sebelah Utara yang menghubungkan kawasan hutan yang lebih luas iaitu Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Kalabakan. Setelah Taman Sabah diwujudkan, hutan tersebut tadi digazetkan menjadi Taman Bukit Tawau. Keadaan mukabumi di kawasan Taman adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1,312 meter dari paras laut.


 

(iii) Pokok Tropika Tertinggi Dunia
Taman Bukit Tawau amat terkenal dengan penemuan pokok tropika tertinggi di dunia dari spesis Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) tinggi 88.32 meter oleh saintis Amerika Syarikat, Dr Roman Dial bersama dua rakannya pada tahun 2006. Mengikut rekod Taman Bukit Tawau. jumlah pelawat tertinggi direkodkan ialah pada Februari 2012 iaitu seramai 10,300 orang. Daripada jumlah itu, seramai 447 orang adalah pelancong asing dari Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat,Australia, Perancis, Rusia, China, Taiwan, Belanda dan Jerman. Untuk sampai ke sini, pengunjung akan melalui trek di dalam hutan sejauh 900 meter.